Flora & Fauna (11)


Flora & Fauna


Mana diantara berikut yang TIDAK merupakan jenis anjing?
Berikut adalah jawabannya:

- New Forest

Ulasan jawaban:
Kuda padi New Forest adalah antara baka kuda padi asli yang terkenal di Kepulauan British. Tingginya sekitar 12 tangan (48 inci, 122 cm) ke 14.2 tangan (58 inci, 147 cm); tetapi setinggi mana pun semua kuda padi ini seharusnya kuat, rajin dan sesuai untuk ditunggang. Ia dihargai kerana tahan lasak, kuat dan melangkah dengan pasti.

Baka ini berasal dari New Forest di Hampshire, England selatan, di mana hidupnya kuda sejak sebelum Zaman Ais terakhir; sisa-sisa peninggalan yang bertarikh seawal 500,000 SM telah ditemui di dalam 50 batu (80 km) di pusat New Forest moden. Kajian DNA telah menunjukkan persamaan keturunan dengan kuda-kuda padi jenis Keltik iaitu Asturcón dan Pottok. Banyaknya baka yang telah menyumbang kepada asas baka kuda padi New Forest, tetapi kini hanya kuda padi yang ibu bapanya didaftarkan sebagai baka tulen dalam bahagian daftar baka yang diluluskan boleh didaftarkan sebagai baka tulen. Kuda padi New Forest boleh ditunggang oleh kanak-kanak mahupun dewasa, malah boleh dipandu untuk menarik kereta, serta mampu bersaing dengan kuda-kuda yang lebih besar di pertandingan pertunjukan kuda.


Share on Google Plus

About Hendro

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment